Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan

Penolong Penguasa SPRM Selangor didakwa minta dan setuju terima rasuah

0 ulasan
 
SHAH ALAM, 19 Feb — Seorang penolong penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah untuk tidak meneruskan siasatan ke atas seorang suspek siasatan kes rasuah, Oktober tahun lepas.

M Mohan, 37, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azhanis Teh Azman Teh.

Tertuduh didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A.Sinnaiah, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah kerana disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Mohan juga didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama. Kedua-dua tuduhan didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor, Tingkat 14, Plaza Masalam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, E9/E, Seksyen 9 di sini, antara pukul 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Okt tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, Mohan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Mohd Asnawi Abu Hanipah mencadangkan agar tertuduh diikat jamin RM10,000 serta seorang penjamin.

Peguam Ratha Krishnan yang mewakili Mohan memohon mahkamah menetapkan jaminan yang bersesuaian dengan alasan anak guamnya yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak, perlu menanggung beban dalam menjaga seorang abangnya yang buta dan terencat akal.

“Anak guam saya juga sudah berkhidmat selama 15 tahun dalam SPRM dan memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan. Pohon diberikan ikat jamin yang munasabah bagi memastikan kehadiran anak guam saya di mahkamah,” katanya yang turut dibantu peguam H.R Dipendra. Azhanis kemudian menetapkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Beliau juga menetapkan perbicaraan berlangsung selama empat hari bermula 23 Ogos ini. — Bernama
Readmore...

Pengedar cuba rasuah polis RM15,000 ditahan

0 ulasan
 

Tindakan berani seorang pengedar dadah yang ingin merasuah sepasukan empat anggota polis untuk melepaskan 'orang kanan' membawa padah apabila dia turut ditahan di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang di sini kelmarin.


Tangkapan pukul 5.15 pagi itu dilakukan selepas polis memasang perangkap apabila suspek menghubungi rakannya yang ditahan kerana memiliki dadah di stesen transit aliran ringan (LRT) Wangsa Maju lima jam sebelum itu.

Terkejut dengan berita tangkapan tersebut, suspek berusia 27 tahun itu kemudian meminta rakannya memberi telefon bimbitnya kepada anggota polis yang membuat tangkapan itu untuk merasuah mereka sebanyak RM15,000.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, pada mulanya rakan suspek berusia 28 tahun itu ditahan selepas polis menjumpai sebanyak 170 paket heroin seberat 408 gram bernilai RM18,000.



"Suspek berbuat demikian kerana begitu mengambil berat dengan nasib rakannya yang ditahan itu.



"Berdasarkan soal siasat, dia merupakan orang kanan kumpulan pengedar dadah tersebut yang telah enam bulan menjalankan aktiviti berkenaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Readmore...