Waspadalah!! Seorang Wanita Dapat Menarik Empat Lelaki Masuk Neraka

0 ulasan
 
Seorang wanita, pada hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Pertama:- ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sembahyang, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Dia hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim yang sembahyangnya tidak ditangguhkan, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga martabat wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja sedangkan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat


Keempat:- anak lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, nantikan tarikan ibunya


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.

Jadi kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak wajib memainkan peranan mereka yang sebenarnya mengikut yang dituntut dalam Islam.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...