Kerana motosikal sampai bunuh ibu

0 ulasan
 
JOHOR BAHRU: Tidak cukup menetak mati ibu sendiri, seorang pemuda yang geram dan hilang akal selepas wanita itu membelikan kereta untuk adiknya, menyumbat mayat insan yang melahirkannya itu ke dalam sebuah beg besar sebelum diletak di bawah sinki di dapur rumah.


Perasaan marah dan iri hati yang menguasai pemuda berusia 22 tahun itu ternyata mengatasi kewarasan apabila dia dipercayai sanggup menetak ibu sendiri ketika mereka bertengkar, kira-kira 24 jam sebelum mayat wanita cacat pendengaran itu ditemui di Kampung MIC, Ulu Tiram di sini, pagi semalam.

Lebih menjengkelkan, anak sulung mangsa itu turut serta dalam gerakan mencari ibunya yang kononnya hilang sebelum dia sendiri membuat laporan polis yang akhirnya membawa kepada penemuan mayat Malila Kathidra, 47.

Insiden bermula apabila Malila bercadang membelikan kereta untuk anaknya yang berusia 20 tahun menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik suaminya.

Suspek yang juga anak sulung dari empat beradik itu, meminta ibunya membelikannya motosikal, namun wanita yang bekerja kilang itu meminta suspek bersabar dan menunggu hingga dia mengeluarkan simpanan KWSP miliknya nanti.

Suspek tidak berpuas hati menyebabkan pertengkaran tercetus antara mereka sebelum membawa kepada tragedi berdarah itu.

Abang mangsa, K Selvarajoo, 48, berkata keluarganya menyedari kehilangan Malila pagi Isnin lalu dan gerakan mencari dilakukan di sekitar kediamannya disertai ahli keluarga dan suspek sendiri.

Katanya, ahli keluarga lain berasa sangsi apabila suspek berulang kali menyatakan ibunya mungkin ke rumah saudara dan tidak akan pulang dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Kami tidak mengesyaki apa-apa, sehingga polis menemui sebuah beg pakaian di bawah sinki dapur rumah.

“Ketika itu, suspek sudah menghilangkan diri,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata mayat mangsa ditemui Unit Anjing Pengesan selepas menjalankan operasi mencari dan mengesan (SAR) mangsa di sekitar rumahnya, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Menurutnya, polis menerima laporan yang dibuat suspek sendiri memaklumkan kehilangan ibunya kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

“Selepas menemui cebisan baju mangsa di tepi longkang berhampiran rumahnya, kami membawa anjing pengesan kembali ke rumah mangsa dan menjumpai beg mengandungi mayatnya disembunyikan di bawah sinki dapur rumah, kira-kira jam 7.20 pagi,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis sedang mengenal pasti sama ada mangsa ditikam atau ditetak.

Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...