Manohara...: Mengapa Zahid Hamidi jumpa Ehud Barak ?

0 ulasan
 
PAS mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas.


Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguris perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.



Persoalannya, adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini?



Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya, beliau adalah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin.



Siapakah Zahid yang hendak berlagak dan tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel?



Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa yang boleh berbincang.



Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya, berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel.



Tentu kita masih ingat, Dr Mahathir Mohamad, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun, menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah.



Sudah pasti pertemuan Zahid dengan Barak ini mendapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat.

Readmore...

Zaman Najib Altantuya: ISA 'penyelamat' pemimpin pemerintah

0 ulasan
 
ISA 'penyelamat' pemimpin pemerintah, bukan keselamatan negara - Presiden PAS

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta 'tanpa bicara' yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memanmsuhkannya serta-merta.


Katanya, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.



"Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara. Tetapi undang-undang itu sudah lapuk, undang-undang yang diamalkan oleh penjajah. Kita sudah merdeka, mesti undang-undang yang tidak mengongkong rakyat, yang menjaga keamanan, keselamatan.



"Apa yang berlaku hari ini undang-undang keselamatan negara menjadi undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara!" tegasnya pada sidang media di Hotel Holiday Villa, di sini semalam



Ditanya wartawan mengenai kedapatan pihak dalam Umno yang mulai mempertikaikan ISA, Ustaz Hadi menyifatkan perkara itu sebagai kejayaan dari teguran dan kritik dibuat selama ini.



"Menunjukkan bahawa mereka (Umno) sudah tidak bersetuju dengan konsep ISA itu dan dasarnya yang perlu dikaji semula, perlu dinilai semula. Apatah lagi akta ini akta dari zaman penjajahan, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.



"Umno juga ada yang setuju mansuh, ada yang setuju pinda, (maknanya) dalam Umno sudah ada perbahasan di dalam mereka," ujarnya pada sidang media selepas selesai Retreat PAS Pusat yang berlangsung selama tiga hari itu.


Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Readmore...

Manek Urai: UMNO pemenang sebenar PRK N41 ?

0 ulasan
 
Peti Undi Manek Urai Lama dikira semula?

Kalut dan kelam kabut beberapa orang pemimpin Umno Kuala Krai yang sudah berada di luar gelanggang dan sudah menjadi “ayam pencen”. Mereka mendakwa Peti Undi Manek Urai Lama salah kira. Isunya BN bukan dapat majoriti 189 tetapi 289.


Benarkah begitu?


Disini saya paparkan keputusan yang disahkan oleh SPR.


Undi PAS – Saluran 1) 144 - Saluran 2) 181 - Saluran 3) 198 – saluran 4) 196 = 719 undi


Undi BN – Saluran 1) 167 – Saluran 2) 277 – Saluran 3) 238Saluran 4) 226 = 908 undi


Majoriti BN 189…


Jadi mananya 289?


Saya rasa mungkin silap tafsir ini berlaku kerana pemimpin-pemimpin Umno tersebut terkeliru dengan cara mengira. 900 – 700 sah dah ada 200.


Apapun itulah hakikatnya… - sumber manjanik



Patut benarlah pemimpin-pemimpin UMNO ni di sekolahkan balik sesuai dengan saranan Menterinya, dah sahih yang depa ni semakin lama memerintah semakin Ngok nampak gayanya. Memang patutlah UMNO/BN ditumbangkan pada PRU 13 nanti.

Readmore...

Lilin ditangan Nizar, Zambry pulak yang terasa panas...

0 ulasan
 
Menteri Besar Haram Perak yang diminta mengulas tindakan Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Teoh di Ipoh tempohari antara lain berkata, Ulama PAS patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Nizar itu.


Mengakui beliau bukanlah seorang ulama Zambry berkata "Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid. "Dia lagi tahu apa yang dia buat," tambah Zambry lagi, yang nadanya mungkin untuk mencari salah Nizar dalam hal ini.

Belum pun sempat dua tok Guru yang diakui oleh si Zambry sebagai 'orang agama' membuat kenyataan, Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin yang diminta mengulas pekara ini menyatakan, Perhimpunan menyalakan lilin sebagai memperingati si mati bukan amalan keagamaan dan hanya dianggap sebahagian budaya masyarakat bukan Islam.


Berikutan itu, orang Islam yang turut hadir pada perhimpunan seumpama itu, hanya sekadar memberi sokongan moral dan tidak salah di sisi agama.

“Lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir,” katanya.

Syeikh Marwazi berkata, penyokong Islam yang hadir kemungkinan sekadar memberi sokongan politik, malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik, dan bukannya keagamaan.

“Mereka yang hadir juga tidak membuat sesuatu yang merujuk kepada perbuatan keagamaan, jika sekadar berdiri bersama lilin, tidak mengapa,” katanya.

Menurutnya, dalam kes ini, isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu,” katanya.

Diharap dengan ulasan dari Syeikh Marwazi Dziyauddin dapatlah si Zambry dan puak-puaknya memahamkan serba sedikit situasi itu dan jangan cuba menimbulkan fitnah pada perkara yang kita sendiri tak pasti kedudukkannya. Kalau nak lebih pemahaman lagi baca disini.
Readmore...

UMNO Abaikan Sekolah Agama...

0 ulasan
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Senawang, P.Gunasekaran, kesal kerana keselamatan Sekolah Agama Persekutuan Labu di kilometer 15, Jalan Labu, diabaikan apabila tembok pagar sekolah tersebut telah runtuh.


Menurut Gunasekaran beliau telah meninjau keadaan tembok pagar yang runtuh ini dan beliau telah menghantar surat aduan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bertarikh 3 Julai 2009.



Gunasekaran juga berkata salinan surat aduan tersebut juga telah dihantar kepada ADUN Labu, Dato' Hasim Rusdi; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato' Abdul Halim Abdul Latif dan kepada Jabatan Kerjayaraya Negeri Sembilan.



Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil oleh mana-mana pihak atau kerja pembaikan telah dilakukan.


" Tembok pagar sekolah yang runtuh ini menghadap laluan utama iaitu Jalan Labu, tapi saya berasa hairan bagaimana ADUN Labu yang sering menggunakan laluan utama ini tidak peka dengan keadaan tembok pagar runtuh ini?



" Yang paling mengecewakan ialah, beliau juga merupakan EXCO kerajaan Negeri Sembilan dan tidak mengambil sebarang tindakan sehingga ke hari ini," katanya.



Gunasekaran mengulas bahawa dengan tembok pagar yang runtuh ini, keselamatan pelajar sekolah dan harta benda sekolah sendiri berada dalam keadaan bahaya.



" Tembok yang telah runtuh ini sudah pasti memudahkan penjenayah untuk memasuki kawasan sekolah dan asrama Sekolah Agama ini.



" Keselamatan pelajar yang tinggal didalam asrama juga berisiko apabila keadaan tidak sempurna ini akan mengundang pelbagai anasir jenayah dari luar kawasan sekolah", kata Gunasekaran.


Sehubungan itu Gunasekaran meminta pihak yang bertanggungjawab segera membaiki tembok pagar yang runtuh ini sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Readmore...

TT saman Manohara & Daisy

1 ulasan
 

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail memfailkan saman RM105 juta terhadap isteri beliau, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot dan ibunya, Daisy Fajarina di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.


Jumlah yang dituntut itu melibatkan kedua-dua mereka.


Daripada jumlah itu, RM35 juta adalah tuntutan ganti rugi teladan, RM35 juta ganti rugi teruk dan RM35 juta lagi ganti rugi pampasan.


Dalam saman untuk serahan di luar bidang kuasa itu, Tengku Fakhry menamakan Daisy sebagai defendan pertama manakala Manohara pula defendan kedua.


Mereka diberikan 21 hari untuk memfailkan tuntutan pembelaan.


BERITA TERDAHULU


KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry Sultan Ismail memfailkan writ untuk memulakan saman fitnah terhadap isteri beliau Manohara Odelia Pinot dan ibunya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.


Writ difailkan pukul 9.30 pagi tadi.


Kira-kira setengah jam kemudian beliau memperoleh kebenaran untuk permohonannya didengar di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Safarudin Tambi.


Ia merupakan susulan kes yang difailkan pada 5 Julai lalu.


KES SUSULAN


Awal bulan ini, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan dua saman iaitu tuntutan kembali setia dan memulangkan wang yang dipinjamkan terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot.


Tuntutan hutang RM972,750 - wang yang dipinjamkan kepada Manohara difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu manakala soal kembali setia pula difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.


Saman tuntutan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 2002.


Kedua-dua permohonan tuntutan diterima oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan/Tinggi Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty.


Mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut.


Isu bekas model Indonesia, Manohara, 17, mendapat liputan meluas daripada media Indonesia dan tempatan berikutan ibu Manohara, Daisy Fajarina mendakwa anaknya didera ketika berada di Malaysia selepas berkahwin dengan Tengku Temenggong Kelantan, 31.


Pasangan diraja itu berkahwin pada 26 Ogos 2008.

Readmore...

Dari kisah Manohara ke pengebom berani mati sesat...

0 ulasan
 
Inilah gambar salah seorang pengebom berani mati yang meledakkan bom di dua buah hotel mewah yang berdekatan pusat bandar Jakarta pada 17 julai yang lalu.

Takrifan kematian jika mereka seorang Islam...mati syahid atau mati berjahit?
Readmore...

Teoh Beng Hock telah ditolak dari bangunan SPRM!

0 ulasan
 

Perhimpunan Rakyat di Stadium Kelana Jaya petang tadi menjadi medan pemimpin dan rakyat melahirkan simpati dan marah terhadap Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran kematian tragis Teoh Beng Hock.


Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 10,000 orang, kebanyakannya warga muda begitu bersemangat menuntut keadilan atas kematian Teoh. Mereka menjerit-jerit: “Keadilan untuk Beng Hock! Keadilan untuk Beng Hock!”


YB William dalam ucapannya menegaskan bahawa kita tidak boleh mempercayai polis, hakim dan SPRM. Kita hanya boleh mempercayai rakyat.


Dr. Jeyakumar dengan tegas menuduh SPRM alat BN. Oleh itu segala siasatan SPRM yang dipenuhi tipu helah dihentikan segera.


Husam Musa pula minta Ketua SPRM meletak jawatan sebagai tanggungjawab atas kematian Teoh. Beliau menganggap Teoh sebagai wira keadilan.


Maria Chin Abdullah dari NGO Sister in Islam, turut menuduh SPRM sebagai alat Kerajaan BN. SPRM mengamalkan ‘double standard’ dalam siasatan. Satu untuk BN dan satu lagi untuk Pakatan Rakyat.


Lim Kit Siang minta Menteri yang tidak bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja sila berundur daripada Kabinet. Ucapan beliau dipersetujui oleh para hadirin. Lim menambah, sekiranya SPRM serius membanteras rasuah, Kabinet Datuk Seri Najib Razak akan kosong. Lim turut menyamakan kes Teoh dengan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Manakala Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Teng mengisahkan bagaimana beliau menghalau seekor Toyol keluar dari dewan. Ucapan beliau disambut ketawa berdekah-dekah para hadirin. Teng mengatakan Najib paling suwei kerana Altantuya dibunuh dan sekarang giliran Teoh pula.


Ucapan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang paling mengejutkan. Para hadiran terlopong dan terpegun seketika. Lim dengan tegas dan berani berkata: “Teoh Beng Hock telah ditolak dari bangunan SPRM!”


Satu tabung khas akan ditubuhkan untuk membantu anak Teoh yang bakal lahir. Selain itu, Lim yang pernah dipenjarakan kerana ‘membela maruah seorang gadis’ yang dianiaya, menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletak jawatan serta merta. Seluruh Malaysia telah hilang keyakinan terhadap KPN.


Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, memberitahu bahawa isu Teoh bukan isu politik, tetapi isu keadilan. Oleh itu Suruhanjaya Diraja mesti ditubuhkan. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada polis dan SPRM. Hanya Suruhanjaya Diraja yang mungkin mampu mengembalikan keadilan dan keyakinan rakyat.


Perhimpunan Rakyat lebih tepat dikatakan perhimpunan menuntut keadilan membidas kerajaan BN yang dikatakan tidak telus dan dauble standard. Begitu banyak perasaan tidak puas hati, kegusaran dan kemarahan dilontarkan di hadapan 10,000 warga Malaysia. Selain pemimpin politik dan wakil NGO, rakan-rakan Teoh yang sedih turut serta melontarkan ikrar dan sumpah akan menuntut keadilan untuk Teoh sehingga ke nafas terakhir.

Readmore...

Kebangkitan 'Gelombang Biru' di MU Menular Ke Team Bolasepak Malaysia?

0 ulasan
 
Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar berharap para pemimpin Umno tidak mendakwa bahawa kekalahan tipis pasukan bola Malaysia kepada Manchester United (MU) membuktikan mutu bola sepak kelab itu sudah merosot.

"Saya juga berharap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak menyatakan mutu bola sepak di negara ini sudah dipulihkan dan meningkat.


"Maklumlah, bila Barisan Nasional (BN) kalah tipis di Manek Urai baru-baru ini, Najib mendakwa kekalahan tipis itu membuktikan keyakinan rakyat kepada BN sudah dapat dipulihkan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.



Oleh kerana pasukan Malaysia memakai jersey biru ketika bertemu MU semalam, Mahfuz berharap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendakwa bahawa sudah terdapat petanda kebangkitan semula "gelombang biru" melanda sukan bola seluruh dunia ketika ini.



"Jangan pula kekalahan tipis itu menyebabkan para pemimpin Umno mendakwa bahawa pasukan bola Malaysia sudah memasuki era baru sehingga menyatakan pengurus dan pemain MU tidak lagi relevan serta tidak lagi sesuai dengan kemajuan serta perubahan semasa permainan bola sepak pada masa ini," katanya lagi.



Mahfuz juga berharap tidak ada professor kangkung yang mendakwa bahawa Alex Ferguson bukan lagi faktor penentu kemenangan MU.



"Maklumlah, dalam apa yang dia sangka sebagai sebagai analisis politik, ada yang mendakwa bahawa Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan lagi faktor penentu kemenangan," katanya.



Mahfuz seterusnya berharap tidak ada pemimpin Umno yang menawarkan jurulatih dari negara ini untuk menjadi pengurus MU mengantikan Ferguson.


Bagaimanapun, Mahfuz mengucapkan syabas kepada apara pemain Malaysia yang mempamerkan mempamer keazaman dan semangat juang yang tinggi ketika bertemu MU semalam.
Readmore...

Manohara kena tolong Daisy dulu sebelum bina Masjid...

0 ulasan
 

Daisy Fajarina kena bayar 300,000.00 euro kepada SALIHAH?


Kejutan BOOM di Jakarta semalam akan padam apabila kejutan baru akan bermula setelah Daisy Fajarina akan dikejarkan ke penjara bagi menjalani hukuman penjara selama 18bulan atas kesalahan KEJAHATAN yang beliau lakukan terhadap seorang BANGSA INDONESIA yang bernama SALIHAH.



Bukan penjara saja yang menanti Daisy Fajarina bahkan tuntutan berupa wang sebanyak EURO 300,000.00 (Tiga Ratus Ribu) akan dipaksa bayar kepada Salihah kerana bayaran yang belum dijelaskan diatas kerja yang telah dilaksanakan oleh Salihah semasa menjadi orang suruhan atau pun buruh paksaan kepada Daisy Fajarina dan Pinot.



Dua perkara tersebut diatas akan membuat Daisy Fajarina tidak akan dapat melelapkan mata, tidur tak lena, makan tak kenyang. Wang upahan lakunan Manohara di senatron tidak akan mencukupi untuk menebus malu atas perbuatan terkutuk Daisy Fajarina itu dan tidak mampu untuk membayar tunggakan gaji yang Daisy Fajarina tidak bayar kepada Salihah.



Penjara dan terpaksa membayar gaji dengan begitu banyak tentunya membuat otak Daisy Fajarina akan terus merancang, bagaimana untuk mengelak diri dari dipenjara dan dari membayar wang kepada Salihah. Apakah rancangan baru akan dibuat oleh Daisy Fajarina supaya rakyat Indonesia akan terus simpati dan terus menyokong PEMBOHONGANnya. Apakah Daisy Fajarina akan jatuh pengsan sekali lagi dan minta pemerintah Indonesia jangan campurtangan urusan beliau dengan Kerajaan Perancis dan Salihah.



Atau akan menyerahkan populoriti Manohara kepada agensi tertentu untuk diberi peranan yang sesuai bagi mendapat upah yang lumayan, maka sekali lagi Manohara akan diperalatkan untuk kepentingan Daisy Fajarina. Entah peranan apa yang akan dilakukan oleh Manohara kali ini, apakah peranan yang akan lebih terjerumus kearah peranan yang kurang bermoral kerana Daisy Fajarina sanggup melakukan apa saja asalkan kepentingan dirinya dapat hasil, contohnya Daisy Fajarina sanggup menfitnah TT dengan segela macama tuduhan tanpa bukti untuk memuas hatinya.



Manakala Manohara yang seperti kain putih telah dicalar-calar HITAM oleh Daisy Fajarina dan sanggup menjaja Manohara kesana kemari siang dan malam hanya untuk mencari rezeki bagi memuas nafsu ganasnya dan sanggup mempamirkan Manohara hanya sebagai umpan bagi mendapat pinjaman sebanyak USD30,000.00 dari seorang pengusaha kerana kebutuhan wang bagi membayar pajak rumahnya di karang tengah dulu.



Hari -hari KELAM dan masa depan yang GELAP sedang mengekori Daisy Fajarina dan tidak mustahil anaknya Manohara akan menjejeki nasib Daisy Fajarina sekiranya rakyat Indonesia masih tidak menghalang Daisy Fajarina memperalat atau mempergunakan Manohara untuk mencari wang secara mudah bagi menampung perbelanjaan gaya hidupnya yang mahu kelihatan mewah. Bagi menghalang Daisy Fajarina dari terus memperalatkan Manohara, rakyat Indonesia hendaklah mendesak pemerintah Indonesia supaya bekerjasama dengan kerajaan Perancis dan hantarkan Daisy Fajarina ke Perancis dengan SEGERA.



Memangnya waktu usia masih muda remaja, Manohara dapat digunakan ikut kehendak hati, ramai orang mencari dan sedang mengintai peluang, contohnya, walaupun sudah tahu tak ada bukti untuk membuat pendakwaan terhadap TT tapi pengacaranya seperti HOTMAN dan FARHAD masih tidak mengundur diri, apa erti semuanya ini?.



Selepas Daisy Fajarina jangan pula Manohara ke penjara.



sumber - Truth Appeared

Readmore...