‘Mat Gongcang’ kena cekup depan pintu

0 ulasan
 
KUALA TERENGGANU – Sejak tiga bulan lalu penduduk di sebuah pangsapuri di Jalan Air Jernih di sini dilanda kehairanan ekoran penemuan ‘cecair pelik’ di depan pintu rumah mereka. Hampir 15 penduduk pernah menjadi mangsa apabila cecair yang menimbulkan bau kurang menyenangkan dan tidak diketahui asal-usulnya itu mengotori rumah mereka.


Akhirnya misteri itu terjawab kelmarin selepas penduduk memberkas seorang pemuda berusia 22 tahun yang mempunyai hobi pelik iaitu suka melakukan onani di depan pintu rumah orang.


Seorang penduduk, Chong Chee Kong, 32, berkata, mereka menahan pemuda berasal dari Kampung Banggol Air Lilih, Manir itu pada pukul 9 malam kelmarin selepas hampir dua bulan melakukan intipan.


Katanya, sebelum ditahan, pemuda itu dilihat mengekori dua wanita yang tinggal di tingkat tiga dan apabila mereka masuk ke dalam rumah, dia berdiri di depan pintu lalu melepaskan nafsunya.

Readmore...

Penamaan calon Manek Urai: 10 ribu iringi calon PAS

0 ulasan
 
Pekan kecil Manek Urai pagi ini bertukar wajah apabila ribuan penyokong PAS dan Umno mengiringi calon masing-masing ke pusat penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN kawasan tersebut pagi ini. Walaupun proses penamaan calon itu hanya bermula jam 9 pagi, tetapi penyokong kedua belah pihak sudah mula berkumpul seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke pusat penamaan calon SMK Sultan Yahya Petra.Penyokong Umno berhimpun di ibupejabat parti itu di Kuala Krai sambil memukul gendang dan gong tradisional Kelantan mengikut rentak dikir barat, sementara menunggu ketibaan pemimpin mereka.

Pertama tiba di situ ialah pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor turut hadir untuk memantau persiapan untuk proses penamaan calon.

Pada jam 8.30 pagi, kira-kira 2,000 penyokong Umno sudah bersedia untuk mula berarak ke pusat penamaan calon.

Hadir mengiringi calon Umno - Tuan Aziz Tuan Mat, 39 - ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Mohd Shafie Apdal, serta Ketua Pemuda dan Wanita Umno - Khairy Jamaluddin dan Datuk Shahrizat Abdul Jalil.Sementara kira-kira 2,000 penyokong PAS pula mula berhimpun di persimpangan Jalan Kuala Krai pada kira-kira jam 7 pagi.

Dan ketika parti itu mengadakan sembahyang hajat di Masjid Al-Jauhar, jumlah penyokong PAS sudah bertambah kepada hampir 10,000 orang

Dengan diketuai oleh Mursyidul Am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mereka mula berarak mengiringi calon PAS - Mohd Fauzi Abdullah, 50 - ke pusat penamaan calon pada kira-kira jam 8.10 pagi.

SMK Sultan Yahya Petra terletak sejauh kira-kira 1.4 km.

Readmore...

Manohara Berhutang Tengku Fakhry RM972,750

0 ulasan
 
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohd Fakhry Petra hari ini memfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk memaksa isternya, Manohara pulang kepadanya.

Tengku Mohd Fakhry juga menuntut supaya model Indonesia itu membayar balik hampir RM1 juta pinjaman yang diberikannya kepada Manohara ketika perkahwinan mereka.

Permohonan itu difailkan oleh peguamnya, Zainur Rijal Abu Bakar hari ini.

Tengku Mohd Fakhry juga mendapat kebenaran mahkamah untuk menyerahkan permohonan itu di luar bidangkuasanya kerana Manohara kini berada di Indonesia.

Perkara itu akan disebut di mahkamah berkenaan 2 Ogos depan.
Readmore...

Manek Urai: Bantuan UMNO musim pilihanraya...

0 ulasan
 
KUALA KRAI, 5 Julai (Bernama) -- Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manik Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

pria malaya kata...


Sungguh bertuah rakyat Manik Urai..nampaknya Umno betul2 tak tipu..janji Umno utk jadikan Manik Urai kawasan anak angkat sekiranya memenangi PRK itu telah dibuktikan awal2 lagi..katanya, ini sebagai tanda ingatan dan pernghargaan dari pihak kementerian pada seluruh rakyat Manik Urai..sungguh 'bijak' dan 'bernas' sekali alasan ini..

Ternyata, 'kuasa' yg ada pada Umno tiada tolok bandingnya, tiada siapa yg mampu melawan dan menggugat 'kuasa' yg ada pada Umno, selaku parti tonggak pemerintah..betul lah kata 'orang', BN itu ialah 'Beri Nikmat'...'BN perintah, rakyat senang', dan sebagainya..

Penulis yakin, tawaran (baca rasuah) wang dan hadiah kepada rakyat Manik Urai ini bukanlah yg terawal dan yg terakhir..pertarungan sebenar baru bermula esok, ini bermakna, penduduk Manik Urai berpeluang untuk menjadi OKT (Orang Kaya Baru) hanya dlm beberapa hari sahaja lagi..minta lah apa yg diidamkan, tuntutlah apa yg diinginkan, nascaya Umno mampu merealisasikannya..

Apa pun itu perancangan mereka, pada fikiran mereka sejak dulu kini dan selamanya, dgn tawaran (baca rasuah) berupa wang dan hadiah sebegitu, maka undi pastinya akan beralih arah kdp mereka..tapi mungkin mereka terlupa, negeri Kelatan bukanlah seperti negeri2 lain, orang Melayu Kelantan bukanlah seperti orang Melayu Johor atau Terengganu..

Jika Melayu negeri lain, cukup diberi mesin jahit dan beras sekampit, undi ternyata terarah kepada lammbang 'dacing', tetapi di Kelantan situasinya cukup berbeza..rakyat Kelantan sudah berpengalaman selama lebih 20 tahun..walaupun ditawar segala harta benda dan kesenangan, undi mereka tetap setia kepada lambang 'bulan'..bak kata Tok guru, beri wang kita ambil, beri gula kita kacau, beri beras kita tanak, tapi bila undi, undilah 'bulan'...=)

wallahua'lam...

Musim persekolahan dah masuk setengah tahun, baru nak ingat bagi bantuan...UMNO ni masih lagi dengan tabiat lama. Nak bodek mak bapak dah tak jalan lagi kali ni umpan pelajar sekolah pulak, memang dulu kini dan selamanyalah UMNO ni tak kan berubah jadi cerdik...semakin lama semakin tak keruan demi undi.
Readmore...

Nizar vs Zambry & Anwar vs 'Pelakon' mangsa liwat

0 ulasan
 
'Pelakon' mangsa liwat menulis dalam blognya: "Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di mahkamah dunia, tidak mengapa, saya reda.

"Kerana kelak semasa di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.

"Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa," tulisnya.

'Pelakon' mangsa liwat mengakhiri catatannya dengan menulis "yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh."

Dahlah tu wahai pembohong...Hentikanlah mempermainkan nama Tuhan kalau sekadar nak menunjukkan diri tu lah yang benar. Hanya orang yang bodoh sahaja yang percaya dengan cerita liwat DSAI ni...orang yang buta matanya untuk melihat kebenaran.
Readmore...

'UG': UMNO dah semakin terdesak...

0 ulasan
 


Kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak kerajaan perpaduan merupakan satu pandangan minoriti, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan.

"Umno tidak mahu bergaduh dengan (Datuk) Nik Aziz, tetapi untuk apa kita hendak layan suara minoriti.

"Saya yakin, secara majoriti, orang Melayu mahu kerajaan perpaduan kerana ia menguntungkan bangsa Melayu dan kaum lain."

Si Maslan ni semakin sedarkan diri yang UMNO ni dah dekat nak berkubur, sebab itulah beriya sangat dia nak UMNO dan PAS duduk dalam satu kelambu. Apa dia ingat ahli PAS akan setuju ke dengan dua tiga kerat pemimpin PAS yang mengigau nak perpaduan dengan UMNO ni.

Silap besarlah si Maslan ni mempelekehkan TGNA...dia kena ingat berapa lama UMNO jadi pembangkang kat Kelantan, rata-rata ahli PAS seMalaysia mempertahankan pendirian TGNA ni.

Sebenarnya UMNO dah merasakan jangka hayatnya dah semakin pendek jadi melalui PAS sajalah UMNO dapat perhatian bangsa Melayu semula...UMNO malu untuk mengakui PAS semakin kuat sekarang ini kalau tidak mengapa mereka terhegeh-hegeh, mengapa tidak dari dulu, semasa kuasa 2/3 ditangan mereka.
Readmore...

Manek Urai: Pemimpin Umno Mahu Perbincangan Kerajaan Perpaduan Disegerakan

0 ulasan
 
KUALA KRAI, 19 Jun (Bernama) -- Umno mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini Jumaat. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.

Beliau meminta Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara Pas dan Umno pada era 70-an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi Pas kemudian keluar kerana masalah dalaman.

"Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya.
Readmore...

Timbalan Presiden...jangan jadi bodoh sombong

0 ulasan
 
Dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub meminta Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat.

Beliau menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bachok semalam.


Mahfuz yang ditemui di Dewan Rakyat hari ini berkata, sejak pagi tadi beliau cuba menghubungi Nasharudin bagi membincangkan cadangan bertemu dengan Tok Guru, bagaimanapun gagal.


"Saya cuba telefon beliau tetapi tidak berjaya, namun saya telah mengirimkan SMS kepadanya menyatakan cadangan agar beliau bertemu dengan Tok Guru.


"Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti lebih baik.


"Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci," katanya.


Mengulas isu yang sama, Salahudin Ayub turut mahu Nasharudin bertemu dengan Tok Guru dalam masa terdekat.


Penyelesaian secara 'anak beranak' adalah penting dalam hal ini bagi meredakan ketegangan, ujarnya.


Beliau berharap harap Nasharudin boleh melakukan demi kebaikan beliau dan redakan keadaan dan keresahan dalam parti.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada mesyuarat khas sekembalinya Presiden PAS dari luar negara hujung minggu ini bagi membincangkan isu terbabit.
Readmore...

UMNO jadikan Manek Urai perkampungan Polis

0 ulasan
 
Badan pemantauan pilihan raya di negara ini, MAFREL mendapati kehadiran ramai anggota polis di Manek Urai telah menimbulkan rasa takut di kalangan penduduk tempatan.

Jurucakap MAFREL Bahagian Kelantan berkata, hasil tinjauan pada 16 Jun lalu didapati ramai anggota polis yang berpakaian biasa di kawasan pilihan raya.


"Mereka bertugas dengan menaiki motosikal, melepak di kedai-kedai kopi dan di mana-mana tempat ramai orang berkumpul.


"Berdasar kepada temubual petugas MAFREL dengan penduduk tempatan, jelas perkara ini menakutkan penduduk dan pengundi di Dun Manek Urai," katanya di sini.

Readmore...

Saiful diliwat hanya sandiwara UMNO

0 ulasan
 
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ia tidak ada dalam kes ini, tambahnya.
Readmore...