Umno, yang menerajui kerajaan pusat yang memberi kelulusan kilang arak lebih banyak berdosa berbanding calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang sudah mengakui telah bertaubat atas perbuatannya mengambil alkohol, tegas PAS hari ini.Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, Umno-BN seharusnya tidak menggunakan isu minum arak sebagai bahan kempen pilihan raya kerana beberapa perdana menteri sebelum ini juga pernah minum arak.“Saya pernah berada dalam kerajaan, saya tahu,” kata beliau yang bersama kerajaan persekutuan antara...
Zaid yakin menang undi Melayu
Disebalik imej 'liberal' yang sering dikaitkan padanya, calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim yakin dapat memenangi hati pengundi di kawasan parlimen tersebut, termasuk masyarakat Melayu.
Katanya, walaupun terdapat tinjauan bahawa orang Melayu selesa dengan pendekatan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - yang lantang bersuara dalam isu-isu Melayu - beliau "tidak akan menggadaikan prinsip demi populariti".
"Apa pun (keputusan) tinjauan, saya yakin, saya faham orang Melayu, saya faham orang Islam. Dan...
Bilik gerakan lesu: Samy temui pemimpin akar umbi
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan calon BN P Kamalanathan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbinya daripada seluruh 75 cawangan parti itu di Hulu Selangor petang ini bagi "memulihkan motivasi dan semangat berkempen" mereka.
Seorang pemimpin MIC cawangan memberitahu Malaysiakini, pertemuan tersebut akan diadakan pada jam 5 petang ini di bilik gerakan MIC di Kuala Kubu Bharu.
"Apabila pemimpin-pemimpin ini berjumpa dengan Kamalanathan dan Samy, dan mendapat penjelasan mereka, mereka (pemimpin akar umbi) akan lebih bermotivasi,...
Langgan:
Catatan (Atom)