Suruhanjaya Diraja perlu kuasa penuh - Nizar Jamaluddin

2 ulasan
 
AJK PAS Pusat, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menggesa Suruhanjaya Diraja diberi kuasa penuh menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock dan siapa yang bertanggungjawab melakukannya dan bukannya menyemak cara penyiasatan kes berkenaan dilakukan.


Ujar beliau rakyat mahu tahu kedudukan sebenar kes dan mahu pihak bertanggungjawab menerima hukuman setimpal.



Rakyat Malaysia dan pimpinan parti-parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkehendakkan keamanan dan keadilan mahukan Suruhanjaya Diraja yang bebas menyiasat kenapa perkara ini berlaku dan siapa yang bertanggungjawab, katanya.



Beliau juga menolak tugas suruhanjaya yang hanya ditugaskan untuk menyiasat proesdur siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan siasatan pelanggaran hak asasi manusia.



Sebaliknya suruhanjaya perlu mengendali semua tugasana tersebut dengan jujur, telus dan tidak bias kepada mana-mana pihak, ujar Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.



Sementara itu keluarga Teoh menolak penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai SPRM seperti yang diumumkan Perdana Menteri.



Malah mereka turut menolak keputusan kabinet yang mahu satu inkues yang diketuai seorang majistret akan dijalankan mencari punca kematian, sebaliknya mendesak kerajaan supaya memperluaskan skop suruhanjaya itu bagi turut menyiasat punca kematian bekas Setiausaha Politik Exco Selangor itu.



Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka merasakan bidang kuasa seorang majistret terhad berbanding sebuah suruhanjaya dalam menentukan punca kematian Teoh.



Menurutnya, beberapa kes sebelum ini, termasuk kes mata lebam Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah disiasat suruhanjaya yang diketuai hakim dan bukannya seorang majistret.



Dengan tahap keyakinan orang ramai mengenai badan kehakiman kita, maka kita merasakan adalah lebih baik sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Teoh.



Beliau dan keluarga Teoh pada asalnya gembira apabila mendapat tahu bahawa satu Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan,



Namun selepas meneliti maklumat dengan mendalam, DAP kecewa kerana suruhanjaya itu ditubuhkan bukan untuk menyiasat punca kematian, katanya.



Bagi keluarga Teoh, mereka mahukan sebuah suruhanjaya menyiasat mengapa mendiang boleh mati berhampiran bangunan ibu pejabat SPRM.



Kit Siang turut menyamakan keputusan PM itu sebagai satu 'silap mata' yang hanya memperolok rakyat.


Sebaliknya jika Najib ingin mencari kebenaran sebagaimana yang dinyatakannya, jawapannya ialah suruhanjaya tersebut perlu diberi bidang kuasa menyiasat penuh punca kematian, dan bukan inkues.

2 Responses so far.

  1. Ir.MIM ISLAM says:

    Assalamualaikum,saya nak komen sikit le perihal memegang lilin oleh YB Nizar dan penyalaan pelita upacara Hindu oleh YB Najib

    Saya rasa kedua dua nya telah buat keSILAPan kerana telah mengambil bahgian didalam upacara ugama yang tak sepatutnya oleh seseorang Islam

    Moga mereka bertaubat diatas kesilapan mereka.Sepatut nya mereka
    beritau pada pihak tuan rumah, bahawa mereka minta dikecualikan dari melaksana atau mengikuti apa2 upacara keugamaan lain..Sudah cukup lah setakat menghormati.Atau
    hantar wakil bukan Islam...tak payahlah kerana political mileage hingga bolih berdosa atau menjejas aqidah seseorang itu......

    SEMOGA ALLAH SWT MENGAMPUNI DOSA2 KITA.......AMIN

  2. Ir.MIM ISLAM says:

    MENGENAI kematian SETPOL Teoh Beng Huat,kita kena tengok dari perspektif cara pegawai2 yang bekerja dibawah kerajaan negeri PR
    Pakatan Rakyat)..Adakah mempunyai unsur unsur salah guna kuasa dan prosidiur didalam KEGAIRAHAN menjalanakan tugas2 untuk RAKYAT..

    KENA ADA SATU SISTEM PEMANTAUAN YG BERKESAN dari pemimpin2 PR bagi menentukan keadilan pengagihan kpd
    RAKYAT...

    Apabila sudah jadi sesuatu trajedi
    atau kesilapan atau overreaction buat apa2 penyiasatan pun tak ada gunanya..perkara dah berlaku,nasi dah menjadi bubur.........

Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...